Blog Archive

Friday, September 3, 2010

semalam,hari ini & besok

Semalam kau hadir dalam hidup ku buat pertama kalinya,
hari ini kau menemani hariku dengan senyuman mu,
besok kau pergi tinggalkan aku untuk selamanya.

semalam adalah pertemuan yang istimewa bagi kau dan aku,
hari ini adalah titik permulaan kegembiraan bagi kita,
besok adalah hari yang pedih bagi ku.

semalam kau berkata aku ingin selalu bersama kau,
hari ini kau berkata diri ini milik kau selamanya,
besok kau berkate aku bukan untuk kau lagi.

semalam aku menangis kerana kau,
hari ini aku menabahkan hati ku dengan kekuatan aku,
besok aku tersenyum kerana kemenangan ku.

semalam aku merangkak mencari kekuatan diri,
hari ini aku berdiri dengan kekuatan diri ini,
besok aku berjalan dengan penuh rase maruah ku.

semalam adalah kenangan bagi ku,
hari ini adalah permulaan bagi ku,
besok adalah impian untuk ku.

No comments:

Post a Comment