Blog Archive

Monday, July 25, 2011

kau

tanpa ku sedari perasaan ini datang kembali wujud dalam diriku
membawa aku ke dalam alam mimpi yang panjang
tanpa aku sedari hadirnya dirimu dalam hidup ku yang serba kekurangan ini..
aku mula menginginkan kau setiap waktu hidup aku yang sepi.
membawa aku berkhayal lebih jauh dari yang nyata..
perasaan yang selama ini aku buang jauh, kini kembali lagi dekat menghampiri diriku..
tanpa ku sedari kau memberi ku segala keikhlasan..
tanpa mu diri ini amat tidak bermakna..
aku kini diterangi cahaya kehidupan mu...
kini aku tidak terkapai-kapai untuk mencari jalan kehidupan ku..
tapi aku tahu kau dan aku mempunyai persimpangan yang jauh untuk meneruskan perjalan ini..
aku sedari ini tidak mungkin terjadi antara kau dan aku..
meski pun begitu kesudahannya..
akan ku simpan segalanya didalam hati ku yang kecil ini..
akan ku tanamkan sedalam dalam yang mungkin dalam diriku..
sehinggakan tiada siapa yang akan mengerti dan memahami segala cerita antara kau dan aku..

meski pun diri mu tidak mungkin ku miliki ..
tetapi kau sentiasa bertakhta dalam jiwa ku..
setiap saat, nafas dan seluruh hidup ku..
akan ku bersemadi bersama perasaan ini..

sesungguhnya aku kini teramat merindui mu setiap nafas ku..
ingin sahaja aku memeluk mu.
ingin sahaja aku mencium dahi mu.
ingin sahaja aku memegang tangan mu.
dihati ku kini..tak ingin ku melepaskan mu meski pun sesaat..
tetapi aku mengetahui itu semua tak mungkin terjadi.
aku ingin kau ketahui sesuatu..
meski pun pernah aku berkata pada mu mungkin bila tiba masa nya akan ku pergi dari mu..
tapi dalam hati ku berkata, semua ini tak mungkin berlaku..
kerna ini semua tidak akan berlaku. aku tak kan pernah jauh dari mu..
tak kan aku biarkan kau bersendiri bersama tangisan mu..
bersama sepi mu..
akan ku berada bersama dengan mu setiap nafas mu..
dan meski pun aku tiada di bumi yang nyata ini..
tapi kau masih akan merasakan bahawa aku ada setiap saat menemani mu..

bahu ini, aku berikan padamu untuk menjadi tempat mu melepaskan tangisan mu..
telinga ini,aku berikan padamu untuk mendengar segalanya dari mulut mu..
tangan ini, aku berikan padamu untuk mengesat air mata mu..
kaki ini,aku berikan pada mu untuk berjalan kemana sekali pun yang diri mu mahukan..
senyuman ini,aku berikan padamu untuk sentiasa melukis kan senyuman untuk mu..
hati ini,aku berikan padamu untuk mengisi kekosongan yang ada untuk mu..
tetapi...
kerna ini yang pasti..

senyuman mu adalah madu untuk ku,
tangisan mu adalah racun untuk ku,
&
tawa mu adalah kebahagiaan untuk ku..

segalanya untuk mu..
******* ****** *******

No comments:

Post a Comment